Biografi Oğuzhan Asiltürk

Asiltürk menghadiri sekolah menengah di Malatya. Beliau menyambung pengajian di Fakulti Kejuruteraan di Universiti Teknik Istanbul dan memulakan kerjayanya sebagai jurutera dan perunding bebas. Beliau berkahwin dengan Sevinç Asiltürk, dan dikurniakan empat orang anak.[4]

Asiltürk telah dipilih menyertai Dewan Himpunan Agung Kebangsaan Turki (Parlimen Turki) pada 1973, mewakili Ankara. Ketika berkhidmat, beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang berkhidmat pada 1974 dan 1975 hingga 1977. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Perusahaan dan Teknologi dari 1977 hingga 1978. Beliau telah diharamkan daripada terlibat dalam politik selama 10 tahun pada 1980. Pengharaman tersebut terlerai berikutan Referendum Perlembagaan Turki 1987 dan beliau menjadi Setiausaha Agung bagi Parti Kesejahteraan. Pada 1991, beliau sekali lagi terpilih menyertai Parlimen mewakili Malatya dan menyertai Parti Kebaikan. Beliau menjadi ahli Parlimen sehingga 2002.

Susulan kematian Najmuddin Erbakan, Asiltürk menyertai Parti Saadah dan menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat parti tersebut.[5] Pada 13 September 2021, Asiltürk dimasukkan ke Hospital Bandar Ankara, Bilkent disebabkan kesukaran bernafas akibat COVID-19.[6] Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1 Oktober 2021, di usia 86 tahun.[7][8]